Posts

Showing posts from September, 2013

SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF K9

Salam.... Dalam dok sibuk cari jurnal yang berkaitan dgn sekolah model khas, bertemu beberapa newspaper artikel yg melaporkan tentang Sekolah model Khas Komprehensif K9.  Sekolah ini bermakna, pelajar akan bersekolah dari Tahun 1 sampai ke Tingkatan 3 di sekolah yang sama. Sekolah Model Khas yang terdahulu menempatkan pelajar rendah di sekolah menengah.Tujuannya sama - bagi mengurangkan kadar keciciran di kalangan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman. Projek rintis ini  telah dimulakan pada tahun lepas iaitu di Sekolah Model Khas Komprehensif K9 Bandar 2, Pekan, Pahang dan di Sekolah Model Khas K9 Long Bedian, Marudi, Sarawak. Sekolah lain yang bakal terlibat seperti yg telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Dr Mohd Puad bin Zarkashi sewaku kunjungan beliau ke SK Pulau Gaya, Sabah pada 9 Januari 2013 ialah: 1.SK Pensiangan di Nabawan, 2.  SK Bawang di Beluran, 3. SK Sabur di Kudat, 4.SK Buis dan 5. SK Menanam di Tongod, Telupid...